UNTUK KALANGAN BUKAN ISLAM SAHAJA....

FENOMENA : Jenazah Tidak Reput ( The Incorrupt Bodies of the Saint )

Jenazah yang tidak reput adalah satu fenomena yang menentang hukum sains. Jenazah alim-ulamak dari Gereja Kristian Katolik ini tidak mereput secara semulajadi walaupun telah dikebumikan beratus malah ribuan tahun dahulu. seperti mumia yang wujud hingga ke hari ini, kumpulan mummia dari Gereja Katolik ini memang tidak diawet/dirawat tetapi terpelihara secara diluar penjelasan rasional para saintis... bagi orang percaya pada kebesaran Ilahi, fenomena ini adalah satu Mukjizat dari Tuhan bahawa orang-orang benar akan mengalahkan kematian dan membuktikan kebangkitan jasad pada hari penghakiman kelak... Renungilah kehidupan suci mereka semasa hayat di dunia yang penuh dengan teladan dan cintakasih sesama manusia...

Tujuan sebenar pihak Gereja untuk mempamerkan jenazah orang-orang kudus ini adalah untuk memperingatkan kembali umat-umat beriman agar meneladani hidup suci mereka semasa hayat. Gereja menegaskan bahawa, cara hidup mereka adalah teladan hidup seorang Kristian yang sesungguhnya. Sebenarnya Gereja Katolik tidak pernah peduli akan fenomena mayat yang tidak reput ini malah tidak mendedahkannya dan hanya mendiamkan diri. Gereja telah mengalakkan para saintis untuk menkaji fenomena ini dan tiada penjelasan yang disimpulkan hingga ke hari ini.

Jenazah-jenazah ini juga dikaitkan dengan banyak keajaiban luarbiasa. Perkara-perkara ini telah didokumentasikan dengan detail sekali sejak dari zaman pertengahan. Terdapat jenazah yang masih mengalirkan darah setelah meninggal beberapa puluh tahun (St. Yohanes dari Salib), masih panas setelah beberapa minggu meninggal, malah ada jenazah yang dilaporkan berbicara memuji keagungan Tuhan setelah ratusan tahun meninggal(St. Esmeralda Eustacia Calafatto dari Sycily), malah Jenazah ini langsung tidak mengeluarkan bau busuk, tetapi wangi-wangian surgawi yang tidak ditemukan di dunia ini (spt kes St.Seperandia, St. Rita dari Cascia dan banyak lagi). Banyak Mukjizat penyembuhan pelbagai penyakit juga dilaporkan melalui doa permohonan khas yang dipanjatkan kepada Allah melalui perantaraan orang-orang kudus ini. Pihak Gereja Katolik Hanya akan memberi gelaran orang-orang kudus ini dengan panggilan Saint @ sangti @ St. hanya bila berlakunya mukjizat penyembuhan, sekurang-kurangnya dua peristiwa/kejadian dan disahkan oleh para doktor.

Beberapa jenazah orang-orang kudus ini memakai sejenis topeng pada bahagian muka (kelihatan berkilat), untuk melindungi bahagian dalam yg tidak reput bertujuan utk mengelakkan rasa tidak selesa para penziarah atau pelawat apabila melihat mayat- bagi mereka yg tidak terbiasa atau sering melihat mayat. Ia juga bertujuan utk mengelakkan pencemaran udara dari persekitaran yg boleh merosakkan kondisi mayat ini dan juga sebagai presentasi yg lebih menarik. Kesemua mayat ini telah dikuburkan suatu ketika dahulu dan dikeluarkan kembali dari perut bumi selepas beberapa puluh tahun atau beberapa ratus tahun dan didapati masih dalam keadaan yg baik. Latar belakang mereka dikaji semula dan mendapati mereka selalunya menjalankan kehidupan yg hampir sama iaitu, seorang kristian katolik yang warak, patuh pada ajaran agama, hidup hanya demi Yesus Kristus, menjalankan kebajikan sepanjang hayat, hidup berdoa dan banyak lagi menurut ajaran katolik. kebanyakan daripada mereka adalah para petapa, paderi, Religious (sisters and Brothers), Biarawan dan Biarawati, para Syahid (martyr Kristian), dan lelaki serta wanita suci yg hidup dalam Tuhan Yesus Kristus.
Semua detail-detail yang ditulis diatas ini adalah berpandukan kepada dokumentasi para penulis terkenal zaman ini spt Juan carol Cruz.
TERDAPAT LEBIH DARI 250 JENAZAH TIDAK REPUT PARA KUDUS KRISTIAN YANG DIPAMERKAN DI GEREJA-GEREJA SELURUH DUNIA.
ANTARA PARA ALIM ULAMAK KRISTIAN YANG TIDAK REPUT
Santa Agnes dari Montepulciano
Santo Alphege
Santo Amphilochius dari Pochayiv
Santa Angela Merici
Santa Angela dari salib kudus
Hamba Tuhan Angelina dari Spoleto
Hamba Tuhan Anna Marie Taigi
Para Santo Anthony, John, dan Eustathios
St. Benedict Moor
St. Bernadette-visionary dari Lourdes
Hamba Tuhan Betrando de Genies
St. Catherine dari Bologna
St. Catherine Labouré
St. Catherine dari Siena
St. Cecilia
St. Charbel Maklouf
St. Charles Seeze
St. Clare dari Assisi
St. Clare dari Montefalco
Hamba Tuhan Dominic Barberi
St. Francis Xavier
St. Gaspar Louis Bertoni
Hallvard Vebjørnsson
Blessed Imelda
St. Isidore Petani
Hamba Tuhan Jacinta Marto
St. Jane Frances dari Chantal
St. Job dari Pochayiv
St. John Bosco
St. John Jacob dari Hozevit
St. John Vianney
Hamba Tuhan Josaphata Hordashevska
St. Joseph dari Cupertino
Santa Juliana Falconieri
St. Louis Orione
St. Louise de Marillac
Hamba Tuhan Margaret dari Castello
St. Margaret Mary (Marie Alacoque)
Hamba Tuhan Maria Angela dari Astorch
Santa Maria Crucificada
Hamba Tuhan Maria de Jesus dari Ágreda
Hamba Tuhan Maria de Jesus Torres
Hamba Tuhan Maria de San Jose
St. Maria Francisca Illagas
< CLICK SINI untuk Lihat YouTube >